• Pinjaman Peribadi
    Kemudahan Pinjaman
    Koperasi Dan Bank
    Di Seluruh Malaysia
    Semak Kelayakan
    Perunding
    Pakar

Wakil Pemasaran

Welcome Image Welcome Image

Pinjaman Peribadi

Pinjaman Koperasi dari PinjamanPeribadi.biz merupakan wakil pemasaran yang terdiri daripada melebihi 10 buah koperasi dan bank tempatan. Pinjaman Peribadi atau Koperasi khas untuk semua Kakitangan Kerajaan, badan berkanun, syarikat-syarikat yang ada potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) ataupun Government Linked Company (GLC) seperti TNB, TM, Universiti, MAB (Malaysia Airport Berhad), SYABAS,Risda, PUAS, Puncak Niaga, dan lain-lain walaupun untuk yang mengalami masalah Komitmen Luar, CCRIS, CTOS atau Blacklist dari bank tempatan.

Maklumat Lanjut

Kenapa PinjamanPeribadi.biz ?

Percuma

Kami beri service yang percuma dan juga perundingan percuma.

Mudah

Mudah urusan pinjaman dan akan bagi pilihan pakej yang sesuai.

Cepat

Dapatkan info kelayakan segera dan urusan pinjaman secepat 2 hari bekerja

Selamat

Data dan info pemohon dijamin selamat dengan kami. Database dibawah perlindungan.

Perkhidmatan Utama

Misi Kami

Misi Pinjaman Koperasi

Kami dapat memberi nasihat khidmat kewangan dengan pelbagai pilihan pakej Pinjaman Peribadi dan Koperasi yang sesuai bagi kelulusan dengan bandingan kadar Pinjaman yang terendah.

Sediakan perkhimatan yang sesuai

Memberi perkhidmatan yang telus, jujur dan pantas kepada seluruh Kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun di Malaysia yang memerlukan Pinjaman Koperasi yang rasmi dan sah.

Melindungi pinjaman peribadi atau koperasi

Pinjaman Peribadi atau Koperasi anda akan dilindungi oleh insurans Takaful Malaysia dengan pembayaran balik melalui potongan slip-gaji atau melalui Biro Angkasa.

Bantuan untuk menyelesaikan masalah

“Jika anda mengalami masalah Komitmen Luar, CCRIS, CTOS atau Blacklist … kami sedia membantu dan menghulurkan perkhidmatan dengan Pinjaman Peribadi atau Koperasi yang sesuai untuk Kelulusan”.

Perkhidmatan di seluruh negara

Perkhidmatan kami juga terbuka kepada semua yang berada diluar kawasan termasuk Sabah dan Sarawak dimana kami akan menghantar borang secara pos kepada anda.

TENTANG

Pinjaman Koperasi untuk Penjawat Awam Di Malaysia

Discover Image

Seperti mana-mana pinjaman lain, pinjaman koperasi kerajaan berkongsi ciri-ciri yang sama seperti kadar yang kompetitif, pembayaran balik yang fleksibel dan jumlah pinjaman yang tinggi. Terdapat pelbagai pinjaman kerajaan yang ditawarkan oleh Malaysia, dari bank ke koperasi, pinjaman konvensional kepada pinjaman Islam, dan pinjaman terjamin kepada pinjaman tidak bercagar.

Pinjaman kerajaan adalah untuk mereka yang bekerja di sektor kerajaan sahaja. Sekiranya anda bekerja oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri, kemungkinan untuk diluluskan kemungkinan besar.

Sesetengah bank menawarkan pinjaman kerajaan kepada pekerja Badan Berkanun, Polis, Tentera dan, dalam beberapa kes, syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Adalah lebih baik untuk memeriksa dengan bank tentang syarat kelayakan apabila memohon pinjaman peribadi untuk penjawat awam.

Keperluan pendapatan rendah

Pekerja kerajaan mempunyai beberapa kelebihan apabila memohon pinjaman peribadi kerajaan. Salah satunya ialah kelebihan keperluan berpendapatan rendah, yang biasanya bermula dari serendah RM800 sebulan, walaupun mungkin berbeza dari bank ke bank.

Kadar faedah tetap dan rendah

Selain itu, pinjaman kerajaan menawarkan kadar faedah tetap dan rendah ke atas jumlah pinjaman sepanjang tempoh pinjaman anda. Ini mungkin kerana pekerja kerajaan perlu membayar ansuran bulanan melalui potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa.

Berikut adalah dokumen biasa yang diperlukan oleh bank untuk permohonan pinjaman kerajaan:

  •  Kad pengenalan / pasport
  •  Terkini 1 hingga 3 bulan gaji
  •  Surat Pengesahan daripada Majikan
  •  Penyata bank daripada akaun kredit gaji
  •  Dokumen sokongan lain mungkin diperlukan

TENTANG

Definasi Pinjaman Koperasi

Pinjaman koperasi merupakan kemudahan kredit yang ditawarkan oleh koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk anggota-anggota mereka yang bekerja sebagai penjawat awam. Hanya kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) layak meminjam. Operasi dan pentadbiran kemudahan kredit ini dikawal selia oleh Akta Koperasi 1993.

Discover Image
Pembayaran Balik Melalui Potongan Gaji

Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji secara automatik oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Kelayakan pinjaman bergantung kepada jumlah yang dapat ditolak daripada gaji peminjam tertakluk kepada syarat had potongan gaji maksima 60%. Had tersebut dikuatkuasakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memastikan gaji bersih penjawat awam adalah sekurang-kurangnya 40% daripada gaji kasar. Tempoh pinjaman maksimum adalah 10 tahun (tempoh maksimum yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia). Had maksimum pinjaman kebanyakan koperasi adalah antara RM200,000 – RM250,000.

Kebanyakan skim pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh koperasi berlandaskan prinsip syariah. Koperasi perlu memastikan operasi kemudahan kredit tersebut mengikut garis panduan SKM mengenai produk islamik. Prinsip kewangan islamik yang digunakan adalah seperti Tawarruq dan Murabaha yang melibatkan pembelian dan penjualan komoditi secara ansuran atau bayaran tertunda. Melalui transaksi belian dan jualan, faedah (riba) yang dilarang (haram), digantikan dengan margin keuntungan yang dipersetujui antara pembeli dan penjual. Kebanyakan koperasi mewajibkan peminjam membeli insurans takaful yang memberi perlindungan kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Koperasi menyediakan kemudahan kredit menggunakan sama ada dana mereka sendiri atau dana yang dipinjam. Oleh kerana modal atau dana sendiri adalah terhad, maka koperasi amat bergantung kepada pembiayaan yang konsisten dan berterusan daripada institusi kewangan. Bank komersil yang popular di Malaysia seperti Maybank, RHB Bank, Kuwait Finance House dan Ambank sedang atau pernah pada satu ketika menyumbang dana kepada koperasi.

Berbanding dengan bank, pinjaman koperasi lebih mudah lulus kerana koperasi kurang mementingkan skor kredit peminjam. Pengutipan ansuran bulanan dilakukan secara automatik melalui potongan gaji, maka risiko gagal mengutip balik dana pinjaman adalah sangat rendah. Pemohon yang telah disenarai-hitam oleh bank kerana CCRIS dan CTOS yang kurang memuaskan masih layak memohon pinjaman koperasi.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA adalah koperasi puncak yang menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan atasan di seluruh negara Malaysia. ANGKASA diiktiraf oleh Kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Berikut adalah dokumen biasa yang diperlukan oleh bank untuk permohonan pinjaman kerajaan:

  •  Menyatukan koperasi-koperasi di Malaysia supaya dapat menjaga dan memperjuangkan hak dan kepentingan pergerakan koperasi.
  •  Mewakili pergerakan koperasi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  •  Melaksanakan program pendidikan koperasi dan mengembangkan konsep dan prinsip-prinsip koperasi di kalangan rakyat Malaysia.
  •  Mengadakan pelbagai kemudahan perkhidmatan yang termampu oleh ANGKASA bagi membantu perjalanan dan pentadbiran koperasi-koperasi ahli.

ANGKASA menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada ahlinya merangkumi pelbagai bidang dan cabang ilmu koperasi. Sebahagian besar perkhidmatan yang disediakan telah diuruskan oleh Bahagian 4P ( Pendidikan, Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan ) merangkumi kursus wajib, pendidikan berterusan kepada ahli, pemberian dan pemasangan perisian SEKKOP secara percuma kepada koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia, pendidikan jarak jauh untuk Sijil Perakaunan Koperasi dan Diploma Perakaunan Koperasi, khidmat runding kepada koperasi atau lebih dikenali sebagai PEKA serta penganjuran berbagai bentuk seminar dan program pelancongan koperasi sekolah.

Sementara itu bahagian-bahagian lain di dalam ANGKASA seperti Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) telah menyediakan perkhidmatan Sistem Potongan Gaji iaitu satu sistem di mana semua potongan-potongan koperasi dan lain-lain diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan kerja-kerja potongan gaji di Jabatan-jabatan Kerajaan. Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain badan untuk mendapatkan bayaran-bayaran seperti yuran, saham, pinjaman dan sebagainya dengan lebih sistematik dan terjamin. Info lanjut di:

  •  Pinjaman Yayasan RCE
  •  Pinjaman Kobeta
  •  Pinjaman Ukhwah
  •  Pinjaman MBSB
  •  Pinjaman BSN
  •  Pinjaman Bank Rakyat

Perunding Pakar

Adakah anda mencari kelulusan pinjaman yang lebih pantas?

Semak Kelayakan

Perundingan

90%

Perancangan kewangan

88%

Permohonan yang diluluskan

88%